Wednesday 27 March 2013

IKAN PUYU BULLDOG SANGAT UNIK

Sumber: http://kelisabah.blogspot.com/2013/03/ikan-puyu-bulldog-sangat-unik.html


IKAN PUYU 'BULLDOG' SANGAT UNIK

IKAN PUYU BULLDOG ATAU IKAN KARUK BULLDOG panggilan orang tempatan negeri Sabah sememangnya unik dan jarang-jarang ditemui. Mungkin di antara kita tidak pernah melihatnya atau rasa pelik dengan namanya 'ikan puyu bulldog'. Ini kerana rupa ikan puyu ini yang berkepala bulat, bibir bawahnya kedepan dan bentuk mulutnya seakan-akan bulldog menyebabkan ia kelihatan unik.



Ini merupakan seekor ikan puyu bulldog yang saya pelihara sejak 2 tahun lalu. Lihat pada bibirnya, sungguh unik. Jenis puyu ini juga sangat jinak dan cepat mesra dengan tuannya. 


Menurut beberapa sumber daripada penduduk tempatan, ikan puyu jenis bulldog ini lebih kuat dalam menentang serangan ilmu hitam. Sejauh mana kenyataan ini masih menjadi mistik. Itu sebabnya ramai yang mencari ikan puyu jenis ini dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi. 



Spesis ikan puyu bulldog ini memang jarang dan sukar dijumpai. Mana-mana penternak yang ada ikan ini bolehlah berkongsi dengan saya.